Gerai buah-buahan bermusim
Date: Saturday, 19 July 2014
Category: Publication - Sinar Harian
Category: Publication - Sinar Harian

TEMERLOH Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) akan membuka gerai jualan buah-buahan bermusim di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Genting Sempah selama dua minggu bermula 21 Julai ini dengan sasaran jualan sebanyak 50 metrik tan.
Pengarah Fama Pahang Ibrahim Mahmood berkata, sasaran program tersebut adalah untuk mempromosikan buah-buahan bermusim seperti durian, nangka dan manggis sepanjang musim buah tahun ini pada musirn perayaan
Menurutnya, jualan di R&R Genting Sempah itu dengan kerjasama pengendali Lebuh Raya Pantai Timur (LPT), Anih Berhad yang menyediakan tapak dan Fama bertindak mencari peniaga dan hasil buah-buahan tempatan.
"Buat permulaan seramai tiga peniaga akan berniaga di kawasan R&R ini yang menjual buahbuahan seperti durian, nangka dan manggis secara terus dari ladang-ladang berhampiran.
"Kita akan bermula pada 21 Julai ini dan berharap mampu mencapai sasaran jualan 50 metrik tan untuk tempoh dua minggu jualan di situ, jualan buah-buahan ini juga akan disambung selepas musim raya atau sepanjang musim buah," katanya.
Beliau berkata demikian kepada media selepas majlis penyerahan lot gerai Bazar Ramadan dan Aidilfitri R&R Temerloh 2014 di sini semalam. Turut hadir Eksekutif kanan Anih Berhad Zaimawar Mohd Sah.
Ibrahim berkata, pada program itu seramai 12 usahawan dipilih khas untuk memasarkan produk industri kecil sederhana (IKS) dari negeri ini bermula dari jualan hasil hingga ke hypermarket.
Beliau berkata, sepanjang empat tahun dilaksanakan, program itu berjaya mencatatkan jualan dari RM273,000 hingga RM1.3 juta produk IKS berkualiti dengan harga berpatutan.
"Objektif program ini adalah sebagai permulaan pemasaran produk tempatan untuk melangkah ke pasaran lebih jauh," katanya.
--- Back to News Listing ---