Media Press Release

16 laluan dapat diskaun tol

Date: Tuesday, 09 February 2010
Category: Publication - Harian Metro

Oleh Saipul Adli Mohamad
[email protected]

Kuala Lumpur: Sebagai angpau, syarikat konsesi lebuh raya memberi diskaun kadar tol di 16 laluan, manakala pengguna Lebuhraya Pantai Timur (LPT) dikecualikan bayaran tol pada waktu tertentu untuk tempoh empat hari.

Menteri Kerja Raya, Datuk Shaziman Abu Mansor, berkata pengguna Lebuhraya Pantai Timur berpeluang menikmati tol percuma bagi perjalanan antara jam 11.30malam pada 11 Februari ini, hingga 4.30 pagi, 12 Februari.

Selain itu, katanya, antara jam 11.30 malam pada 15 Februari sebelum berakhir pada 4.30 pagi, 16 Februari.

Beliau berkata, ini adalah kali kedua pengguna lebuhraya LPT (Gombak-Karak-Jabor) berpeluang menikmati tol percuma sekepas kali pertama pada Aidilfitri, September tahun lalu.

"Selain Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak dan Lebuhraya Pantai Timur (Fasa 1) itu yang mengecualikan bayaran tol untuk tempoh terbabit, laluan lebuh raya lain memberikan diskaun antara lima hingga 20 peratus.

"Kita memiliki syarikat konsesi 26 lebuh raya yang beroperasi seluruh negara ketika ini, tetapi sembilan belum berada pada kedudukan kewangan mengizinkanuntuk memberi diskaun.

"Ini adalah angpau daripada syarikat konsesi terbabit yang mencerminkan konsep beorentasikan pengguna secara sukarela dan kerajaan tidak mendesak pihak itu menawarkan intensif berkenaan," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas melancarkan Kempen Keselamatan Lebuh Raya peringkat Kementerian Kerja Raya bertemakan 'Menggalakkan Penggunaan Pengangkutan Awam' di Plaza Tol Kajang Selatan di Lebuhraya Kajang-Seremban (Lekas) di sini, semalam.

Hadir sama, Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya, Datuk Thomas George; Ketua Pengarah Kerja Raya, Prof Datuk Dr Judin Abd Karim; Pengerisu Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), Datuk Syed Jamal Syed Jaafar dan Ketua Pengarah LLM, Datuk Ismail Md Salleh.

Diskaun pada 14 Februari
[list]Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP)
*Sistem Penyuraian Trafik KL-Barat (Sprint)
*Lebuhraya Baru Pantai (NPE)
*Lebuhraya Sungai Besi (Besraya)
*Lebuhraya Smart
*Lebuhraya Bertingkat Ampang Kuala Lumpur (Akleh)
*Lebuhraya Shah Alam-Kuang (Guthrie)
*Lebuhraya KL-Putrajaya
*Lebuhraya Duta-Hulu Klang (Duke)
*Lebuhraya Cheras-Kajang (Grand Saga)
*Lebuhraya Shah Alam
*Lebuhraya Penyuraian Trafik Lingkaran Kajang (SILK)[/list]
Diskaun pada 10, 11 dan 12 Februari
[list]Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS)[/list]
Diskaun pada 17, 18 dan 19 Februari
[list]Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (ELITE)[/list]

View news clipping

--- Back to News Listing ---