PENUTUPAN HENTIAN SEBELAH GOMBAK
Category: Announcement
SIARAN AKHBAR
UNTUK SIARAN SEGERA
Kuala Lumpur, 1 November - Bagi meningkatkan lagi tahap keselesaan pengguna lebuh rayanya, ANIH Berhad, pemegang konsesi bagi komponen Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) akan menjalankan kerja menaiktaraf lorong dan kawasan parkir melibatkan penutupan di Hentian Sebelah Gombak (menghala Kuala Lumpur).
Bagi memberi ruang kepada pelaksanaan kerja berkenaan, penutupan laluan masuk ke hentian itu akan dilaksanakan secara dua peringkat bermula 9 November ini.
Peringkat 1: 9 & 10 November 2016 (24 jam)
Penutupan kawasan parkir lori, Hentian Sebelah Gombak. HANYA kenderaan ringan sahaja dibenarkan masuk ke hentian sebelah pada tarikh tersebut.
Peringkat 2: 14 - 17 November 2016 (24 jam)
Penutupan sepenuhnya Hentian Sebelah Gombak. Ini juga melibatkan penutupan sepenuhnya fasiliti seperti gerai makanan/minuman, surau dan tandas.
(Infografik di Lampiran)
Sehubungan itu, ANIH Berhad menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati dan mematuhi semua papantanda serta arahan petugas dilokasi.
Mesej penutupan turut di paparkan menerusi papan tanda elektronik (VMS) di sepanjang lebuh raya bagi membolehkan pengguna membuat persediaan awal dengan berhenti di kawasan R&R atau hentian sebelah yang lain, jika perlu.
Untuk sebarang maklumat, sila ikuti Facebook: Lebuhraya Pantai Timur dan Twitter @LPTTrafik bagi mengetahui status dan keadaan terkini serta merancang perjalanan di sepanjang jajaran lebuh raya di bawah kendalian ANIH Berhad.
Segala kesulitan yang timbul daripada penutupan Hentian Sebelah Gombak ini adalah amat dikesali. Kesulitan sementara ini adalah untuk memberikan pengalaman hentian sebelah yang selesa dan terbaik bagi kemudahan pengguna di masa hadapan.
***Tamat***
Tentang ANIH Berhad
ANIH Berhad adalah pemegang konsesi Lebuhraya Pantai Timur (LPT) yang merangkumi komponen Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) dan Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (LPT 1), sepanjang 250 kilometer (KM). Bermula dari Gombak di KM 19.2 Lembah Klang hingga ke Jabor di KM 250 Terengganu, LPT menyingkatkan masa perjalanan, dari Lembah Klang ke bandar-bandar utama di sebelah Pantai Timur, terutamanya Kuantan. ANIH Berhad juga adalah pemegang konsesi Lebuhraya KL-Seremban. Operasi tol dan penyenggaraan rangkaian-rangkaian lebuh raya ANIH Berhad diurus oleh Kumpulan AlloyMtd.
Untuk pertanyaan, sila hubungi:
- Fazlyaton Hussein, Ketua, Komunikasi Korporat
[email protected] - Ahmad Farizal Abdul Hajat, Naib Presiden, Komunikasi Korporat
[email protected] - Sofia Roseli, Eksekutif, Komunikasi Korporat
[email protected]
Siaran Akhbar dikeluarkan bagi pihak ANIH Berhad oleh:
Jabatan Komunikasi
AlloyMtd Group
1, Jalan Batu Caves, 68100 Batu Caves, Selangor Darul Ehsan, Malaysia
Tel : 03-6195 1111 Fax : 03-6188 0101 Website : www.alloymtd.com

--- Back to News Listing ---